Spotify Dilancarkan Di India Dengan Tawaran Langganan Serendah 74 Sen Sehari

Spotify Dilancarkan Di India Dengan Tawaran Langganan Serendah 74 Sen Sehari

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Awal Januari lalu, katalog lagu dari T-Series mula ditawarkan pada platform penstriman muzik Spotify. Ini dilihat sebagai petunjuk mereka akan akhirnya menawarkan perkhidmatan di negara India. Hari ini mereka secara rasmi beroperasi di India dengan penawaran langganan secara harian, mingguan, bulanan, suku tahunan, separuh tahunan dan tahunan.

Terdapat juga potongan harga untuk golongan pelajar. Tawaran harga langganan bermula dari 13 INR (RM 0.74 sen) sehari dan meningkat ke INR 129 (RM 7.39) sebulan. Ini adalah lebih murah berbanding RM 14.90 sebulan yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Di India harga langganan adalah lebih murah berbanding Apple Music.


TIPS & ULASAN