Cari @ Amanz

Dua peranti dengan skrin boleh-lipat dilancarkan sejak dua minggu yang lalu iaitu Huawei Mate X dan Samsung Galaxy Fold. Kedua-duanya mempunyai mekanisme lipatan yang berbeza. Mate X melipat keluar dengan skrin sentiasa terdedah di luar manakala Galaxy Fold mempunyai skrin mod tablet yang sentiasa di bahagian dalam.

Samsung Galaxy FoldMenerusi temubual bersama The Verge, Kate Beaumont yang merupakan pengarah produk Samsung UK memberikan sebab mengapa rekaan ini digunakan. Pertama sekali ia memastikan peranti boleh menggunakan kerangka, lebih tahan lasak dan skrin tablet yang lebih mudah dilindungi dari kerosakan. Pihak Samsung telah melakukan pelbagai ujian sebelum memilih rekaan akhir. Ini sebenarnya dapat dilihat menerusi beberapa paten yang difailkan sejak Project Valley diumumkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd