Cari @ Amanz

MWC Barcelona 2019 masih lagi sedang berlangsung. Wiko juga tidak ketiggalan melancarkan dua produk terkini mereka iaitu View3 Pro dan View3. Kedua-dua peranti dilengkapi pemproses kelas pertengahan dengan skrin bertakuk kecil.

Kita mulakan dengan Wiko View3 Pro terlebih dahulu dengan skrin 6.3″ FHD+, dijana cip MediaTek Helio P60, memori 4/6 GB RAM, storan 64/128 GB, kamera utama 12+13+5 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Peranti menggunakan sistem operasi Android Pie. Antara fungsi menarik yang diberikan ialah nyahkunci menggunakan wajah.

Wiko View3 pula dilengkapi skrin 6.26″ HD+, dijana cip MediaTek Helio P22, memori 3GB RAM, storan 64GB, kamera utama 12+13+2 Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Peranti ini juga menggunakan sistem operasi Android Pie.

Di acara MWC, Wiko turut memperkenalkan logo terbaru mereka. Ia kini menggunakan sepenuhnya huruf besar dan kelihatan lebih bertenaga. Ini adalah langkah yang sama seperti yang dilakukan oleh Vivo dan Honor baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd