Telegram tidak dinafikan adalah aplikasi permesejan yang baik. Ia hadir dengan banyak ciri dan fungsi lebih hebat daripada WhatsApp, tetapi populariti WhatsApp tidak boleh ditandingi.
Ini tidak menghalang Telegram untuk hadir dengan kemaskini yang menambah ciri dan fungsi baru. Fungsi pertama adalah, video yang diterima yang saiznya kecil akan auto-main tanpa suara. Jika inginkan suara, tekan ikon pembesar suara yang terpapar. Kedua adalah fungsi auto-muat turun yang membenarkan pengguna memilih rangkaian mana yang ingin digunakan jika ingin fail dimuat turun secara automatik. Turut hadir bersama-sama dengan ciri ini adalah kawalan penggunaan data untuk menjimatkan kuota Internet pengguna.
Telegram turut menambah sokongan alternatif untuk log keluar. Seperti memadam fail cache, tambah pin, tukar akaun dan lain-lain. Bercakap mengenai tambah akaun, pengguna iOS kini boleh menambah akaun Telegram lain dalam satu aplikasi. Fungsi ini sebelum ini terhad kepada pengguna Android sahaja. Fungsi notifikasi iOS turut dioptimasikan untuk multi-akaun.
Semua fungsi ini hadir dalam Telegram v5.4 yang sedia dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.