Realme 3 adalah telefon pintar terbaru sub-jenama Oppo, Realme yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kita sudah tahu yang peranti ini akan dijana cip pemprosessan Helio P70 dan Helio P60. Tetapi kameranya masih tidak diketahui.
Terkini, sampel gambar yang diambil dengan Realme 3 telah tertiris. Terdapat 2 gambar, yang pertama memperlihatkan hasil HDR yang agak baik, kemas dan cantik. Gambar kedua pula, pasti adalah sampel yang diambil dalam suasana gelap. Hasilnya dilihat menyerlah dan tidak mengecewakan. Dua-dua gambar ini diambil dengan mod khas yang dinamakan Chroma Boost dan Nightscape.
Hasil yang dilihat agak baik, tetapi harga peranti masih tidak diketahui. Harap, Realme tidak tingkatkan harga peranti mereka secara mendadak dan terus kekal dengan harga yang kompetetif.Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya 4 Mac ini.