Oral-B Melancarkan GENIUS X – Berus Gigi Elektrik Dengan Kecerdasan Buatan Terbina

Oral-B Melancarkan GENIUS X – Berus Gigi Elektrik Dengan Kecerdasan Buatan Terbina

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Oral-B adalah jenama yang terkenal dengan produk-produk berus gigi, ubat gigi dan lain-lain yang berkaitan dengan gigi.  Dalam arena teknologi, Oral-B mempunyai banyak pilihan berus gigi elektrik. Tetapi, Oral-B masih tidak mempunyai berus gigi pintar sehinggalah hari ini.

Sempena acara MWC Barcelona 2019, Oral-B telah hadir dengan sebuah berus gigi pintar yang hadir dengan kecerdasan buatan terbinaGENIUS X. Oral-B GENIUS X ini turut boleh ditambat pada aplikasi khas, untuk memperlihatkan progres memberus gigi, peringatan untuk berus gigi, membuat tetapan mod memberus gigi, memberi amaran jika terlampau kasar cara seseorang memberus gigi dan banyak lagi.

Kepintaran Oral-B GENIUS X adalah ia boleh mempelajari cara pengguna memberus gigi dan terus membuat profil khas yang selesa digunakan pengguna. Menurut Oral-B, GENIUS X dihasilkan bersama-sama dengan pakar gigi. Ia boleh dibeli bermula September 2019. Harga jualan masoh menjadi tanda tanya. Berus gigi elektrik Oral-B premium Oral-B sebelum ini pernah mencecah RM1000. Tidak terkejut jika versi pintar akan sama dengan sebuah telefon pintar kelas pertengahan.


TIPS & ULASAN