Swatch Menuduh Samsung Meniru Rekaan Muka Jam Mereka – Bayaran RM406 Juta Diminta

Swatch Menuduh Samsung Meniru Rekaan Muka Jam Mereka – Bayaran RM406 Juta Diminta

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Jam tangan pintar yang terkenal daripada Samsung adalah Galaxy Gear Sport dan Gear S3. Model terbaru yang mereka lancarkan adalah Samsung Galaxy Watch Active. Baru-baru ini, Samsung telah dituduh oleh Swatch kerana meniru rekaan muka jam mereka.

Walaupun Swatch tiada sebarang jam tangan pintar, tetapi rekaan jam Swatch adalah elegan, kemas, cantik dan mempunyai identiti tersendiri. Lebih-lebih lagi rekaan muka jam mereka. Beberapa muka jam untuk jam tangan pintar Samsung dilihat meniru 1:1 rekaan muka jam Swatch.

Walaupun bukan Samsung yang mereka rekaan muka jam ini, tetapi ia boleh dimuat turun dan dibeli di Galaxy Store dan ini bermakna, Samsung turut menjana pendapatan. Oleh yang demikian, Swatch meminta Samsung membayar mereka sebanyak $100,000,000 – iaitu sekitar RM406 Juta. Samsung masih tidak memberi apa-apa maklum balas akan hal ini, sama-sama kita nantikan jika terdapat kemaskini akan isu ini.


TIPS & ULASAN