Mungkinkah Ini Adalah Harga Jualan Untuk Galaxy A50 Dan Galaxy A30 Di Malaysia?

Mungkinkah Ini Adalah Harga Jualan Untuk Galaxy A50 Dan Galaxy A30 Di Malaysia?

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Samsung telah pun memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Galaxy A yang baru pada minggu ini, iaitu Galaxy A50 dan juga Galaxy A30. Menariknya, kini, beberapa penjual tempatan turut telah mula mengambil tempahan untuknya sekaligus memperlihatkan harga jualan di Malaysia.

Daripada apa yang diperlihatkan, Galaxy A50 disenaraikan pada harga RM1199, sementara Galaxy A30 pula disenaraikan pada harga RM799. Buat masa ini, pihak Samsung Malaysia sendiri tidak mengeluarkan sebarang pengumuman berkaitan penawaran siri Galaxy A50 dan Galaxy A30 untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy A30 A50

Samsung Galaxy A50 hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+, hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, dijana memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menggunakan tri-kamera belakang 25MP + 5MP + 8MP, selain kamera swafoto 25-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Galaxy A30 pula versi lebih mampu-milik, hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 16MP + 5MP, selain kamera swafoto 16MP. Peranti ini juga turut hadir dengan bateri 4000mAh.

Sokongan Samsung Pay dan Bixby turut disertakan pada kedua-dua telefon pintar ini.

Buat masa ini, pihak Samsung tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan dengan penawaran kedua-dua peranti ini secara rasminya. Tetapi, sekiranya harga jualan ini adalah benar, maka ia agak menarik untuk melihat Samsung menawarkan peranti mereka pada harga sangat kompetitif dalam bersaing bersama pelbagai syarikat pengeluar peranti lain di pasaran.


TIPS & ULASAN