Honor Mungkin Akan Hadir Dengan Telefon Boleh-Lipat Sekitar 2020 Kelak

Honor Mungkin Akan Hadir Dengan Telefon Boleh-Lipat Sekitar 2020 Kelak

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa jenama bersaing dalam memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat mereka tersendiri. Terkini, bercakap mengenainya, pihak Honor mengatakan mereka berminat dengan teknologi berkenaan, tetapi mungkin hanya akan hadir dengannya sekitar tahun hadapan.

Hal ini kerana kosnya yang sangat tinggi pada masa kini. Memandangkan Honor ditujukan kepada pengguna muda, maka mereka menantikan masa yang sesuai supaya teknologi berkaitan berharga sedikit rendah untuk dipasarkan kepada umum pada harga lebih baik.

Huawei Mate X

Buat masa ini, dua jenama telah mengumumkan penawaran komersil untuk telefon boleh-lipat mereka, iaitu Samsung dengan Galaxy Fold pada harga melangkaui RM8,000, selain Huawei dengan Huawei Mate X pada harga melangkaui RM10,000.

Untuk Honor sendiri, memandangkan mereka merupakan sub-jenama Huawei, maka kos penyelidikan dan pembangunan boleh dikurangkan sedikit berbanding pelbagai jenama lain di pasaran.

Apa pun, Honor mengatakan mereka ingin lebih memfokuskan kepada penawaran 5G mereka terlebih dahulu sebelum telefon boleh-lipat mereka.


TIPS & ULASAN