Cari @ Amanz

Motorola dan Huawei merupakan salah satu jenama yang tidak asing pada hari ini. Tetapi, sekitar 16 tahun yang lepas, jenama Huawei tidak begitu popular – malah mengikut laporan terbaru daripada FT, ia dilaporkan Huawei pernah mencuba jual syarikat mereka kepada Motorola pada harga mencapai $7.5 bilion.

Walaubagaimanapun, pengambil-alihan berkenaan tidak berlaku pada 2003 yang lepas. Ia dikatakan hal berkenaan tidak berlaku selepas perubahan tampuk pengurusan di Motorola, selain ahli lembaga yang melihat harga yang perlu dibayar adalah tinggi.

Huawei P20 Pro

Kini pelbagai perkara telah berubah sebaliknya. Motorola yang popular suatu ketika dahulu kini telah menjual perniagaan peranti kepada pihak Google, dan kini dimiliki Lenovo – sementara Huawei pula telah maju kehadapan dan kini menjadi jenama telefon kedua terbesar di dunia. Dalam arena penawaran perkakasan rangkaian juga, Huawei turut kehadapan, berbanding Motorola Solutions pada hari ini.

Sekiranya pengambil-alihan berkenaan berlaku ketika 2003 yang lepas, tidak mustahil arena telekomunikasi pada hari ini adalah berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd