Rekaan Vivo iQOO telah diperlihatkan sendiri oleh pengeluar beberapa hari yang lalu. Ini ialah peranti mercu dengan pemproses Snapdragon 855 serta sistem pengecasan pantas 44W. Selamat rakaman skrin dari akaun @bang_gogo menunjukkan peranti ini boleh dicas dengan amat pantas sekali menerusi sistem Vivo Super FlashCharge.
Proses pengecasan penuh dilakukan dalam masa hanya 46 minit walaupun iQOO dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh. Ia mengecas ke tahap 50% dalam masa hanya 16 minit. Sekiranya anda seorang pengguna yang mencari peranti dengan kemampuan mengecas yang adi-pantas, iQOO ialah peranti yang pasti mengujakan. Vivo iQOO akan dilancarkan esok di China.
#vivo #iqoo 4000mAh 44W 🔋 ⚡ pic.twitter.com/voMtzdbuWO
— Bang Gogo 📱 💻 🔍 (@bang_gogo_) February 27, 2019