Motorola Akan Melancarkan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Tahun Ini Dengan Harga Sekitar RM6000

Motorola Akan Melancarkan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Tahun Ini Dengan Harga Sekitar RM6000

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Huawei, Samsung dan Oppo telah memperlihatkan rekaan peranti dengan skrin boleh lipat mereka sejak dua minggu yang lalu. Dalam kes Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X, kedua-duanya akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi dengan harga bermula dari RM8o60. Menurut laporan Engadget, Motorola akan melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka tahun ini.

Ini disahkan sendiri oleh Dan Dery yang merupakan timbalan presiden produk global di Motorola. Beliau berkata peranti ini akan dilancarkan tahun ini kerana tidak mahu ketinggalan dengan pesaing yang telah mula memasarkan produk. Tambah beliau lagi rekaan adalah dari jenis melipat ke dalam seperti Galaxy Fold kerana ia mengurangkan kebarangkalian kerosakan pada skrin. Ini adalah selari dengan paten peranti skrin boleh lipat yang difailkan oleh mereka sebelum ini.

Sementara itu laporan dari WSJ pula mengatakan peranti ini akan dijual pada harga sekitar $1500 (~RM 6100) sebuah dan menggunakan nama Motorola Razr. Maklum balas dari pembaca mengenai peranti dengan skrin boleh lipat agak bercampur baur tetapi semakin banyak pengeluar komited untuk menghasilkannya tahun ini. Adakah dalam masa terdekat rekaan baharu ini akan menggantikan rekaan candybar sekarang?


TIPS & ULASAN