Black Shark 2 Tertiris – Peranti Permua Xiaomi Snapdragon 855?

Black Shark 2 Tertiris – Peranti Permua Xiaomi Snapdragon 855?

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Xiaomi mempunyai banyak sub-jenama untuk banyak jenis produk. Baik dari telefon pintar sehinggalah peranti berhubung. Salah satu sub-jenama Xiaomi adalah, Black Shark. Ia adalah jenama untuk telefon pintar yang memfokuskan gaming. Kita sudah lihat kehadiran Black Shark dan Black Shark Helo sebelum ini. Tetapi kedua-dua peranti ini dijana dengan Snapdragon 845.

Kini, peranti Black Shark seterusnya telah tertiris. Ia mungkin akan dijana dengan Snapdragon 855. Menurut sumber, peranti ini mungkin akan mempunyai memori dari 8GB hingga 12GB. Gambar yang tertiris ini, dilihat Black Shark teruskan dengan rekaan ikonik mereka – warna hitam-kelabu dengan kemasan warna hijau.

Sumber turut mengatakan yang Black Shark 2 kelak turut akan menyokong pengecasan pantas seakan Mi 9. Ini kerana, nombor model buat peranti ini dilihat akan hadir bersama-sama dengan pengecas yang sama dengan Mi 9 yang menyokong pengecasan pantas 27W.


TIPS & ULASAN