FujiFilm Meningkatkan Harga Jualan Filem Sebanyak 30% Bermula April

FujiFilm Meningkatkan Harga Jualan Filem Sebanyak 30% Bermula April

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Kamera digital dimiliki hampir oleh semua orang sekarang kerana ia terbina pada telefon pintar. Untuk mengambil gambar, pengguna tidak memerlukan filem tetapi hanya terhad kepada jumlah storan di dalam peranti. Terdapat segelintir peminat fotografi yang masih menggunakan kamera filem. Hobi mereka ini akan menjadi semakin mahal sekiranya mereka menggunakan filem keluaran Fujifilm.

Fujiifilm mengumumkan kenaikan harga filem keluaran mereka sekurang-kurangnya 30% di seluruh dunia bermula 1 April 2019. Kenaikan harga dilakukan kerana peningkatan kos logistik serta bahan mentah. Filem Color Negative (C200, Superia X-TRA400, Pro 400H), Fujichrome Color Reversal (Velvia 50, Velvia 100, Provia 100F), Quick Snap dan Control Strips adalah yang terkesan. Harga jualan kertas gambar juga akan meningkat. Harga jualan filem Instax walaubagaimanapun kekal seperti sedia ada.


TIPS & ULASAN