Volvo Polestar 2 Dilancarkan – Kenderaan Pertama Dengan Android Automotive

Volvo Polestar 2 Dilancarkan – Kenderaan Pertama Dengan Android Automotive

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Lihat sistem infohibur kenderaan anda. Adakah ia cukup pintar? Adakah ia dengan mudah digunakan dengan telefon pintar anda. Apple CarPlay dan Google Auto adalah dua inisiatif untuk mengintegrasikan telefon pintar pada sistem infohibur kenderaan namun begitu ia mempunyai fungsi yang terhad. Volvo Polestar 2 yang dilancarkan hari ini adalah kenderaan pertama yang menggunakan sistem Android Automotive.

Polestar 2 adalah kereta elektrik sepenuhnya pertama keluaran Volvo. Menerusi Android Automotive, bukan sahaja sistem infohibur menggunakan sistem operasi Android, malahan kesemua sistem kenderaan boleh dikawal lengkap dengan sokongan Google Assistant. Pengguna boleh menukar suhu kenderaan, posisi kerusi, kawalan stereng, kekerasan suspensi dan banyak lagi boleh dikawal oleh Android Automotive. Kerana sistem operasi Android digunakan, aplikasi boleh dimuat turun terus menerusi Play Store.

Kenderaan ini dilengkapi dua motor elektrik dengan kuasa 300 kW (408 kuasa kuda) dan jarak operasi sehingga 500 kilometer dengan sekali caj menerusi bateri sebesar 78 kWh. Ia bersaing di dalam segmen yang sama dengan Tesla Model 3. Di Eropah Polestar 2 dijual pada harga bermula 39,900 Euro (~RM 185,000) sebuah.


TIPS & ULASAN