Lenovo Melancarkan IdeaCentre AIO A340 Dengan Pilihan Cip Intel Dan AMD

Lenovo Melancarkan IdeaCentre AIO A340 Dengan Pilihan Cip Intel Dan AMD

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

AIO ialah komputer pilihan bagi mereka yang mempunyai ruang yang kecil di rumah. Kesemua komponen tersimpan padat di dalam kerangka bersaiz kecil. Di MWC 2019, Lenovo IdeaCentre AIO A340 telah dilancarkan dengan pilihan pemproses keluaran Intel dan AMD.

IdeaCentre AIO A340 hadir dengan dua pilihan skrin sebesar 21.5″ atau 23.8″ beresolusi 10890P dengan sokongan sesentuh. Terdapat pilihan pemproses sehingga Intel  Core  i5-8400T atau AMD A9-9425. Ini dipadankan pula kad grafik AMD Radeon 530, memori sehingga 8GB RAM DDR4, storan 512GB M.2 PCIe SSD dan storan 1TB HDD.

Pilihan I/O adalah 2 USB 2.0, 2 USB 3.1, pembaca kad 3 dalam 1, port LAN, output HDMI dan pilihan pemacu optik DVD. Sepasang speaker 3W turut disertakan. Di Eropah IdeaCentre AIO A340 dijual Mac ini pada harga bermula €499 (~RM 2312).


TIPS & ULASAN