Carian
Samsung Galaxy A90 Dijangka Hadir Dengan Kamera Boleh-Putar Seumpama Oppo N1
February 28, 2019 Aman

Oppo sebelum ini pernah memperkenalkan kamera boleh-putar pada Oppo N1, yang mana membolehkan anda menggunakan kamera sama untuk swafoto dan juga rakaman gambar belakang. Walaubagaimanapun, Oppo tidak meneruskan penggunaannya selepas Oppo N3, dan menghentikan konsep berkenaan.

Terkini, mengikut desas-desus baru, ia diperkatakan Samsung mungkin mengintegrasikan sokongan kamera boleh-putar pada telefon pintar Galaxy A90 akan datang. Ia turut diperkatakan yang mana kamera berkenaan turut akan menawarkan mekanisma boleh-luncur, sekaligus membolehkan kamera disembunyikan seumpama pada Oppo Find X atau Mi Mix 3.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengekalan rekaan yang menarik, selain pada masa yang sama membolehkan Samsung hadir dengan sesuatu yang baru dibawah penawaran mereka.

Kita juga mungkin boleh melihat penawaran ciri-ciri baru yang lain pada Galaxy A90 akan datang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy A90 mereka. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Komen