BlackBerry Menyaman Twitter Kerana Melanggar Paten Teknologi Permesejan

BlackBerry Menyaman Twitter Kerana Melanggar Paten Teknologi Permesejan

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Blakcberry Ltd telah memfailkan saman ke atas Twitter hari ini kerana didakwa melanggan enam paten yang dipegang oleh mereka. Antara paten yang dipegang ialah paparan iklan dan aplikasi pemesejan itu sendiri yang meminjam elemen dari Blackberrry Messenger.

Twitter bukan satu-satunya syarikat yang disaman oleh Blackberrry. Tahun lalu Snap Inc dan Facebook turut disaman oleh mereka kerana didakwa melanggar paten teknologi pemesejan. Sejak berhenti menghasilkan peranti mereka sendiri, Blackberry menumpukan usaha dalam menghasilkan aplikasi untuk kegunaan perniagaan dan pelesenan teknologi. Pihak Twitter masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang difailkan.


TIPS & ULASAN