Cari @ Amanz

Google Home adalah aplikasi untuk mengawal peranti berhubung. Contohnya, mengawal lampu pintar, pembesar suara pintar, paparan pintar termostat dan banyak lagi.

Untuk lampu pintar, aplikasi Google Home mempunyai kawalan yang terhad. Ia hanya boleh mengawal kecerahan, warna putih hingga kuning dan hidup atau matikan sahaja. Kawalan lain seperti mengubah warna atau mod-mod menarik hanya boleh gunakan aplikasi asal jenama lampu tersebut atau menggunakan arahan suara melalui Google Assistant.

Dalam kemaskini baru-baru ini, Google Home menerima sokongan kawalan tambahan untuk bahagian lampu pintar. Warna-warna lampu kini boleh dikawal dengan mudah. Walaupun tidak boleh memilih 16 juta warna seperti lampu pintar Xiaomi, terdapat banyak pilihan warna tersedia yang pengguna boleh pilih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd