Carian
Huawei Mengemaskini Harga Jualan Huawei Mate 20 Pro – Kini Berharga Bermula RM2999
February 28, 2019 Aman

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan kemaskini kepada harga jualan Huawei Mate 20 Pro di Malaysia. Peranti yang pada awalnya ditawarkan pada harga RM3599, kini dikemaskini dan akan dijual pada harga RM2999.

Model yang dikemaskini harga jualannya ini adalah model versi 6GB RAM dan 128 GB storan. Tiada pengumuman dibuat untuk versi 8GB RAM buat masa ini.

Huawei Mate 20 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci bertakuk kecil, dijana cip Kirin 980, dan dilengkapi tri-kamera belakang. Ia turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 40W, selain ciri-ciri menarik seperti pengecasan berbalik dan sebagainya.

Ia agak menarik untuk melihat Huawei mengumumkan kemaskini harga jualan ini sehari sebelum pelancaran rasmi Galaxy S10 di Malaysia – sekaligus membawa kepada persaingan sihat yang lebih sengit diantara pengeluar peranti di Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Huawei Mate 20 Pro ini pada harga RM2999 bermula esok, 1 Mac 2019.

Komen