Razer Phone 2 Kini Menerima Kemaskini Android Pie – Permua Lebih Lancar Dimainkan

Razer Phone 2 Kini Menerima Kemaskini Android Pie – Permua Lebih Lancar Dimainkan

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Razer Phone 2 adalah telefon pintar Razer kedua yang memfokuskan permua. Ia hadir dengan sokongan IP68, pengecasan nirwayar, lampu RGB, janaan cip Snapdragon 845 dan banyak lagi. Tetapi, pada waktu pelancaran – ia masih ketinggalan di belakang kerana menjalankan Android Oreo.

Minggu lepas, pasti anda sudah kedengaran yang mana – Razer telah menjanjikan kemaskini Android Pie untuk Razer Phone 2. Baru-baru ini, kemaskini ini mula diedarkan buat semua pengguna. Menurut Razer, kemaskini ini turut meningkatkan prestasi Razer Phone 2 dan akan beroperasi dengan lebih lancar. Kemaskini ini turut membawakan sokongan kawalan gesture, sokongan rakaman 4K 60fps. Selain itu, ia turur memberi pengoptimasian kepada jangka hayat bateri dan pengalaman bermain permua yang lebih hebat.

Di Malaysia, Razer Phone 2 turut boleh didapatkan secara rasmi pada harga RM3449.


TIPS & ULASAN