Cari @ Amanz

Mod permua pada telefon pintar mula menjadi trend apabila Huawei memperkenalkan Turbo Boost. Tetapi, ada sahaja pengeluar lain telah hadir dengan ciri ini – seperti OnePlus dengan ‘Gaming Mode’.

Kepada pengguna Xiaomi, tahukah anda dalam MIUI turut mempunyai mod permua tersendiri? Ia dinamakan ‘Game Booster‘ dan ia terbina dalam aplikasi ‘Security’ Xiaomi. Seperti mana-mana mod permua lain, ia turut akan memberi pengoptimasian pada RAM untuk permua beroperasi dengan lebih lancar.

Dalam MIUI 10 Global Beta 9.2.28, iaitu kemaskini beta global terkini – Xiaomi menambah lagi fungsi yang akan memudahkan pengguna. Secara tidak langsung, ia memberikan kawalan tambahan seperti; mengambil rakaman skrin dengan gesture tiga jari, perlindungan mata, menutup kecerahan skrin automatik dan banyak lagi.

Bagi mereka yang sudah menjalankan MIUI Global Beta, kemaskini ini boleh dimuat turun secara OTA. Bagi yang baru ingin cuba, boleh muat turun melalui pautan di bawah dan lakukan kemaskini secara manual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd