Carian
Huawei nova 4 – Peranti Yang Cantik & Berteknologi Tinggi Perlu Dimiliki Semua
March 13, 2019 Ikhwan Nazri

Tahun ini bakal menyaksikan pelbagai peranti yang hadir membawakan rekaan kamera selfie membuatkan paparan skrin seolah-olah ‘berlubang’. Peranti yang mempopularkan trend ini adalah Huawei nova 4 yang baru dilancarkan di Malaysia awal bulan ini dan hadir dengan pelbagai unsur-unsur rekaan yang membuatkannya cantik, sesuai dengan kecanggihan teknologi yang dibawakannya.

Ini adalah apa yang wajib anda tahu disebalik rekaan Huawei nova 4 yang anggun.

Paparan Skrin Nirbingkai Yang Sempurna

Menghiasi Huawei nova 4 adalah paparan skrin 6.4-inci IPS LCD dengan resolusi sebesar 2310 x 1080 pixel. Ini menjadikan paparan video lebih lebar dan cantik namun tidak menjadikan peranti lebih besar bagi meletakkan sensor dan juga kamera selfie. Malah paparannya juga mempunyai nisbah screen-to-body pada kadar 86.3% dan perkara ini seharusnya dipuji.

Membuang Takuk Pada Skrin Namun Tidak Membuang Fungsinya

Bagi memungkinkan skrin besar diletakkan pada peranti yang tidak menjadikannya lebih besar, sedikit perubahan perlu dilakukan. Takuk pada skrin biasanya memuatkan sensor proximity, pembesar suara, lampu petunjuk LED dan juga kamera. Huawei bertindak berani pada nova 4 apabila membuang takuk pada skrin yang merupakan satu trend yang sangat popular dikalangan jenama telefon pintar pada tahun 2018.

Meskipun takuk dibuang, ketiga-tiga komponen yang biasanya terletak pada takuk tidak dibuang, namun dimampatkan pada ruangan atas peranti. Kini sensor proximity diletakkan pada bahagian bingkai atas peranti yang masih dapat mengesan sekiranya peranti didekatkan kepada telinga pengguna, dan mematikan skrin apabila peranti tidak digunakan.

Bagi pembesar suara, ia telahpun dikecilkan lagi namun tidak sedikitpun mengurangkan tahap suara dan kualiti audio Huawei nova 4. Mereka telah mencipta pembesar suara yang lebih lebar, dan ketinggiannya dikurangkan sekaligus boleh dimuatkan pada bahagian bingkai atas. Dan akhir sekali adalah lampu penunjuk LED yang juga dimuatkan didalam pembesar suara, sekaligus memberikan petunjuk yang bersesuaian dengan situasi.

Kamera Selfie Skrin Berlubang

Dan satu lagi teknologi yang perlu diambil perhatian apabila membuang takuk adalah kamera. Berbeza dengan komponen lain, kamera sememangnya akan mengambil ruang namun inovasi perlu dilakukan. Oleh itu mereka hadir dengan rekaan skrin ‘berlubang’ yang turut meletakkan paparan skrin disekeliling kamera.

Jika biasanya permukaan kamera akan mempunyai ruangan khas baik pada takuk atau pada bahagian atas ‘dahi’ peranti, namun kini ia dapat diletakkan bersama skrin yang telah ‘ditebuk’, dan menjadikan penjimatan ruang peranti lebih efisien, sekaligus menjadikan peranti lebih anggun. Kamera hadapan ini adalah kamera 25MP yang boleh menghasilkan selfie yang cantik dan berkualiti tinggi.

Malah lebih dari itu, posisi kamera ini diletakkan pada hujung kiri peranti dan bukan ditengah-tengah, kerana ia adalah posisi yang ideal ketika merakam selfie. Sekiranya pengguna sedang memegang peranti dengan sebelah tangan, kamera dapat difokuskan kepada pengguna dengan mudah.

 


Antara spesifikasi lain Huawei nova 4 termasuklah cip pemprosesan Kirin 970, memori 8GB RAM, dan juga storan 128GB. Kamera utama pada bahagian belakang mempunyai tiga lensa, iaitu 20 MP + 16 MP + 2 MP serta bateri berkapasiti 3750 mAh. Ia turut menyertakan sambungan USB-C sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini yang lebih banyak menggunakan kabel tersebut. Peranti ini juga hadir pada harga yang menarik, iaitu RM 1,899 dengan dua pilihan warna iaitu Biru dan Hitam.

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia

Komen