Rekaan Penuh iQOO Diperlihatkan Melalui TENAA

Rekaan Penuh iQOO Diperlihatkan Melalui TENAA

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Beberapa hari lepas, iQOO telah hadir dengan poster yang memperlihatkan rekaan belakang peranti misteri sub-jenama Vivo ini. Hari ini, rekaan penuh peranti telah muncul dalam TENAA dan ia kelihatan agak unik.

Terdapat tiga butang berwarna pada peranti ini dan ia adalah butang aras suara, kuasa dan juga mungkin butang melancarkan pembantu maya. Panel belakangnya membawakan rekaan yang lain daripada yang lain. Ia bukanlah warna cerun, tetapi mempunyai corak unik tersendiri. Skrin pula jelas kelihatan menggunakan rekaan bertakuk kecil.

Bersama-sama dengan imej yang muncul dalam TENAA, video yang memperlihatkan rekaan sebenar peranti ini turut tertiris. Dalam video ini ia memperlihatkan skrin iQOO, spesifikasi, dua warna berbeza dan juga mengesahkan sistem operasi yang terpasang – Funtouch OS 9. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, iQOO dilengkapi dengan skrin 6.41” AMOLED  FHD+, dijana cip Snapdragon 855, memori 6/8/12 GB RAM dan storan 128/256 GB. Kamera utama menggabungkan sensor  13 + 12 + 2 Megapixel dan kamera hadapan pula 12-Megapixel. Akhir sekali ia akan menggunakan bateri sebesar  3920 mAh dengan pengecasan pantas 44W.


TIPS & ULASAN