Cari @ Amanz

Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A 2019, iaitu Galaxy A30 dan juga Galaxy A50. Kini, menambah satu lagi model peranti dibawahnya, Samsung turut telah mula menawarkan Galaxy A10. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di India sahaja.

Samsung Galaxy A10

Samsung Galaxy A10 hadir dengan skrin 6.2-inci, dijana cip Exynos 7884, memori 2GB RAM dan storan 32GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3400mAh.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan kamera belakang 13-megapixel f/1.9 dan juga kamera hadapan 5-megapixel f/2.0. Walaupun berspesifikasi asas, Samsung turut melengkapkan ia dengan antaramuka Samsung One UI yang terkini.

Di India, ia ditawarkan pada harga Rs. 8,490, iaitu sekitar RM488. Buat masa ini, pihak Samsung Malaysia masih belum mengumumkan bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd