YouTube Menghalang Paparan Komen Pada Video Mengetengahkan Kanak-Kanak

YouTube Menghalang Paparan Komen Pada Video Mengetengahkan Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah kandungan video yang diterbitkan oleh kanak-kanak seluruh dunia di YouTube. Ini sekaligus mendedahkan mereka kepada beberapa bahaya dan serangan dari segi komen dan sebagainya. Kini, untuk mengelak mereka daripada menjadi mangsa kepada sesetengah kelakuan, pihak YouTube mengumumkan mereka akan menghalang paparan komen pada video yang mengetengahkan kanak-kanak.

YouTube mengatakan mereka telah menghalang komen pada jutaan video sejak beberapa minggu lepas, dan akan meneruskan usaha ini dengan meliputi pelbagai video-video lain yang mengetengahkan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, menurut YouTube, mereka masih akan menawarkan beberapa penerbit kandungan terpilih untuk mengekalkan penggunaan ruangan komen – tetapi ia perlulah dipantau dengan aktif untuk mengelak sebarang bentuk komen-komen yang berbentuk bahaya dan memperlihatkan kelakuan tidak baik.

Dengan langkah ini, pihak YouTube akan terus menambah-baik pengalaman dan keselamatan kanak-kanak yang menggunakan platform video popular berkenaan. Kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak perubahan diperlihatkan pada platform berkenaan secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang – sekaligus menghalang kelakuan seperti membuli dan sebagainya.


TIPS & ULASAN