Huawei Pernah Membangunkan Peranti Seakan Galaxy Fold Tetapi Dibatalkan Kerana Kurang Memuaskan

Huawei Pernah Membangunkan Peranti Seakan Galaxy Fold Tetapi Dibatalkan Kerana Kurang Memuaskan

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Huawei Mate X dan Samsung Galaxy Fold adalah dua peranti skrin boleh lipat yang dilancarkan bulan ini. Kedua-duanya mampu berubah menjadi sebuah tablet tetapi menggunakan rekaan yang berbeza. Peranti Huawei melipat keluar manakala peranti Samsung melipat ke dalam. Pihak Samsung memberikan sebab rekaan ini dipilih bagi mengelakkan kerosakan pada skrin peranti semalam.

Richard Yu yang merupakan CEO perniagaan telefon Huawei telah mendedahkan tiga prototaip telah dihasilkan sebelum rekaan akhir Mate X dipilih menerusi temubual bersama Business Insider. Menurut beliau salah satu prototaip kelihatan seperti Galaxy Fold dengan skrin sekunder di luar. Ia telah dibatalkan sendiri oleh beliau kerana “tidak cukup baik”. Tambah beliau lagi, dengan skrin kedua di luar peranti menjadi terlalu berat.

Di ruangan komen Amanz kami melihat pembaca turut mempunyai pandangan berbeza mengenai rekaan dua peranti dengan skrin boleh lipat ini. Rekaan manakah yang terbaik bergantung kepada pilihan peribadi.


TIPS & ULASAN