Carian
Sony Hadir Dengan Kad Memori CFexpress – Kad Memori Baru Yang Terpantas Setakat Ini
March 1, 2019 Fahim Zahar

Kad SD dan Kad mikroSD adalah dua jenis kad memori popular untuk digunakan pada telefon pintar, komputer riba, kamera digital atau banyak lagi peranti lain. Tetapi tahukah anda, Sony turut mempunyai kad memori CFexpress CompactFlash TypeB?

Kad memori seperti ini digunakan pada kamera-kamera profesional tahap studio atau perfileman. Baru-baru ini, Sony telah lancarkan CEB-G128 – sejenis kad memori CFexpress yang terpantas setakat ini. Ia mempunyai kemampuan baca/tulis pada kadar 1,700 MB/s dan 1,480 MB/s. Sebelum ini, kad memori paling pantas Sony hanya 630 MB/s. Tambahan lagi, kad memori tahan bengkok pada tahap 70N dan turut boleh bertahan jika terjatuh dari ketinggian 5 Meter.

Kad memori CEB-G128 ini akan hadir dalam tiga pilihan memori, 128GB, 256GB dan 512GB. Harga jualan akan diumumkan tidak lama lagi.

Komen