Cari @ Amanz

Realme 3 dan Realme 3 Pro adalah telefon pintar kelas pertengahan dari sub-jenama Oppo – Realme. Ia dijangka hadir dengan cip Helio P70 dan P60, sokongan kamera yang hebat dan juga rekaan warna cerun yang lebih menawan.

Hari ini, Realme terbit satu video acah di Twitter. Ia memberi petanda versi Pro turut akan diperkenalkan. Kemduian, lambang petir ini tidak lain dan tidak bukan adalah sokongan pengecasan pantas. Siri Realme 3 ini adalah pesaing kepada siri Redmi Note 7, adakah Realme akan sertakan sokongan pengecasan VOOC?

Tiada butiran jelas lagi. Kita sudah tahu sedikit spesifikasi dan kemampuan kamera, jadi menjadi tanda tanya adalah harga serta spesifikasi menarik yang lain. Sama-sama kita nantikan 4 Mac ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd