Cari @ Amanz

Bagi kita di Malaysia, Thunderclap ialah sebuah mercun roket yang cukup kuat dentuman bunyinya. Didalam arena sekuriti digital pula, ia merupakan sebuah kerentanan sekuriti yang hadir pada palam-palam Thunderbolt yang boleh mengakibatkan isu godaman yang cukup serius.

Semua peranti Thunderbolt hadir dengan sebuah ciri yang dinamakan Direct Memory Access yang membenarkan peranti Thunderbolt mengakses memori sebuah komputer secara terus tanpa menerusi sistem operasi.

Intel Thunderbolt 3

Ciri ini biasanya dikhaskan untuk perkakasan seperti kad grafik ataupun SSD, tetapi sistem Thunderbolt yang menggunakan antaramuka yang lebih kurang sama dengan perkakasan-perkakasan tersebut turut diberikan akses ini,

Dengan kerentanan ThunderClap ini, penggodam boleh “meracuni” peranti Thunderbolt dengan virus ataupun perisian hasad, dan apabila mana-mana pengguna memasang perkakasan tersebut kepada komputer ataupun laptop mereka, penggodam tersebut boleh mengawal komputer yang terkesan tersebut dari jauh.

Akan tetapi, kerentanan ini yang ditemui pada tahun 2016 sudahpun diperbaiki dari segi perisian oleh Apple dan juga Microsoft. Secara dasarnya, pengguna tidak perlu terlalu risau akan isu ini, tetapi nasihat yang boleh diberikan ialah pengguna patut berhati-hati akan peranti-peranti yang mereka cucuk pada komputer riba mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd