Cari @ Amanz

Minggu lalu Samsung mengumumkan butang fizikal Bixby pada peranti keluaran mereka akan boleh dipetakan semula untuk melancarkan aplikasi lain. Ia terlebih dahulu diberikan kepada Samsung Galaxy S10, S10+ dan S10e. Hari ini kemas kini telah diberikan bagi membolehkan ia turut dilakukan pada Galaxy S8, S8+, S9, S9+, Note 8 dan Note 9.

Tiada notifikasi diberikan. Sebaliknya anda perlu ke aplikasi Galaxy Store dan mengemaskini kesemua komponen Bixby. Selepas ini dilakukan anda hanya perlu mencari tetapan Bixby Key di dalam tetapan aplikasi Bixby. Terdapat dua pilihan diberikan iaitu melancarkan aplikasi selain Bixby dengan menekan butang sekali ataupun dua kali. Menekan butang dengan lama akan melancarkan Bixby Voice. Kemas kini ini boleh dilakukan oleh kesemua peranti yang disenaraikan di atas hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd