Setiap Samsung Galaxy S10 Dan S10+ Akan Hadir Dengan Pelindung Skrin Terpasang

Setiap Samsung Galaxy S10 Dan S10+ Akan Hadir Dengan Pelindung Skrin Terpasang

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Tahukah anda yang pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik adalah antara sensor yang terpantas? Tetapi apabila ada lapisan tambahan antara jari dan skrin, seperti pelindung skrin – sensor ini tidak akan berfungsi dengan baik. Jadi bagaimana pengguna sesebuah peranti yang mempunyai sensor ini ingin melindung skrin peranti?

Keluarga Galaxy S10

Samsung dilihat telah menemui satu solusi yang agak baik. Setiap Samsung Galaxy S10 dan S10+ yang dibeli akan hadir dengan pelindung skrin khas yang siap terpasang. Akan tetapi, tiada waranti akan diberikan pada pelindung skrin ini. Samsung turut tidak menggalakkan pengguna menggunakan pelindung skrin biasa, kerana gam yang terdapat pada pelindung skrin itu akan menghalang sensor untuk membaca cap jari.

Jika pelindung skrin mula calar, pengguna boleh dapatkan semula pada harga $29.99 – iaitu sekitar RM122. Ini adalah lebih baik daripada jenama Whitestone Dome yang dijual sehingga RM245.



Paling Popular