Pihak CIMB kini telah mengumumkan yang mana aplikasi CIMB Clicks kini dalam mod penyelenggaraan dan tidak boleh digunakan untuk sementara waktu. CIMB mengatakan ia dijangka akan dapat digunakan kembali seperti biasa sekitar 8 pagi esok, 2 Mac 2019.
Menurut pihak CIMB, pengguna digalakkan menggunakan CIMB Clicks melalui desktop, pelayar web mudah-alih atau menggunakan CIMB EVA sebagai alternatif sehingga aplikasi CIMB Clicks beroperasi seperti biasa.
Selain daripada itu, pihak CIMB turut berkongsi melalui web mereka, yang mana pengguna mungkin menghadapi masalah ketika ingin mengakses penyata akaun semasa atau simpanan mereka untuk bulan Februari 2019.
Clicks Mobile App is under maintenance and is temporarily unavailable until 2nd March 2019, 8:00am. You may continue to use CIMB Clicks via web browser at https://t.co/T3qUbQcwlT.
We apologise for any inconvenience caused.
— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) March 1, 2019