Razer Phone 2 Kini Menyokong Rakaman Video 60FPS
Artikel Berkaitan

Razer Phone 2 Kini Menyokong Rakaman Video 60FPS

Diterbitkan pada Mac 2, 2019 oleh .

Bagi pengguna Razer Phone 2, minggu ini ialah adalah terbaik kerana bukan sahaja mereka menerima kemaskini Android Pie malahan penambahbaikan pada sistem kamera. Selepas peranti dikemaskini ke Pie, sebuah lagi kemaskini boleh dimuat turun bagi mengaktifkan mod rakaman video 60 FPS. Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Razer Camera 2 menerusi Play Store.

Peranti boleh merakam video 4K dan 1080P pada kadar enam puluh bingkai sesaat. Ini meletakkan peranti untuk permua ini setanding dengan majoriti peranti mercu di pasaran yang turut menyokong mod rakaman yang sama. Menerusi rakaman mod 60FPS, video akan kelihatan lebih lancar dan semula jadi. Pada waktu yang sama harga jualan Razer Phone 2 telah dikemaskini ke RM2749 sebuah.

Kemas kini aplikasi Razer Camera 2 untuk mod 60FPS


TIPS & ULASAN