Untuk menikmati permainan video pada tetapan grafik terbaik anda perlu menggunakan PC yang berkuasa.Dengan pengumuman kad grafik NVIDIA GeForce RTX 20XX pada komputer riba yang diumumkan di CES yang lalu, semakin banyak pengeluar PC mula menjualnya di Malaysia. Semalam ASUS ROG G703 mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM bermula dari RM14,999.
Ia hadir dengan skrin 17.3″ 144Hz dengan sokongan G-SYNC, cip sehingga Intel Core i9-8950HK, memori sehingga 32GB DDR4 RAM dan storan sehingga 512 GB NVMe PCIe. Sesuai dengan statusnya sebagai komputer riba untuk gaming, terdapat juga sokongan lampu RGB individu pada papan kekunci yang boleh diselarikan dengan Aura Sync.