Carian
Kerangka Tahan Lasak Untuk Samsung Galaxy Fold Telah Dihasilkan
March 2, 2019 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Fold akan mula dijual pada bulan April. Ia antara peranti terawal dengan rekaan skrin boleh lipat dan dijual pada harga melangkaui RM8000 sebuah. Pastinya pemilik Galaxy Fold ingin memastikan peranti milik mereka terlindung dari kerosakan. Oleh itu kerangka tahan lasak telahpun dibangunkan oleh pihak Spigen.

Tiga jenis kerangka telah dihasilkan iaitu Tough Armor, Ultra Hybrid, dan Thin Fit. Keseluruhan tubuh luaran Galaxy Fold akan dilindungi oleh kerangka yang akan menyerap hentakan sekiranya ia terjatuh. Menurut laporan The Verge, Spigen telah memulakan pembangunan kerangka ini sebelum peranti dilancarkan selepas menerima ukuran dari pihak Samsung.

Sekiranya anda memiliki sebuah Galaxy Fold adakah anda akan membeli kerangka atau membiarkannya togel bagi memperlihatkan keunikan rekaannya?

Komen