Cari @ Amanz

Video Acah Terkini Huawei P30 Memberikan Petanda Ia Untuk Peminat Fotografi

Link Copied!

Tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum Huawei P30 Pro dilancarkan secara rasmi. Ramai menantikan kemunculan peranti ini selepas imej pengolokan rasminya telah tertiris ke arena web. Video acah terkini yang diperlihatkan di Jerman memberikan petanda ia sebuah peranti yang direka untuk peminat fotografi.

Setakat ini dari imej yang tertiris dan video acah sebelum ini, P30 Pro akan dilengkapi sistem tri-kamera lengkap dengan kamera TOF untuk mengimbas dunia secara 3D. Kemampuan zoomnya juga akan dipertingkatkan berbanding model terdahulu dan besar kemungkinan setanding dengan Mate 20 Pro yang menerima pujian di dalam ulasan kami. Misteri mengenai spesifikasi lengkapnya akan terjawab apabila ia dilancarkan pada 26 Mac hadapan.


Komen ()