Banyak peranti di pasaran sekarang hadir dengan skrin FHD+ tetapi pengguna mungkin tidak menyedari ia boleh mentriman kandungan pada resolusi HD secara terbina. Ini adalah kerana ia tidak menerima pengiktirafan sistem DRM Widevine L1. Ini diperlukan pada platform penstriman seperti Netflix.
Pihak Netflix telah mengemaskini senarai peranti yang boleh menstrim kandungan HD dan juga HDR 10 pada platform mereka. Pertama sekali kesemua peranti dengan cip Snapdragon 855, 710 dan 675 secara automatik boleh menstriman kandungan HD. Ini adalah penambahan senarai cip selepas Kirin 980 dan 710 disokong Disember tahun lalu.
Pada waktu yang sama Samsung Galaxy S10+, S10 dan S10e kini secara rasmi boleh menstrim kandungan HDR. Samsung Galaxy M10, M20 dan M30 pula boleh menstrim kandungan HD walaupun cip Exynos yang digunakan tidak disenaraikan pada laman Netflix.