Dengan teknologi semasa pelbagai perkara remeh dapat dipermudahkan. Terdapat aplikasi menghantar barang yang membolehkan anda membeli belah dari rumah. Maklumat penting boleh dicari tanpa perlu ke kutubkhanah. Dengan aplikasi Microsoft Office 365 terkini, jadual boleh dihasilkan di dalam Excel terus dari gambar yang diambil.
Data entry just became easier! You can now take a picture of a printed data table and automatically convert it into a fully editable @msExcel spreadsheet. Rolling out to #Android users and coming soon to #iOS! Learn more: https://t.co/MLEsEidGA4 pic.twitter.com/4Bi3ulDLPx
— Microsoft Office News (@OfficeNews) February 28, 2019
Data yang terdapat di dalam gambar secara automatik akan disusun di dalam baris dan lajur jadual yang sepatutnya serta boleh disunting. Ini adalah antara fungsi baharu yang diperkenalkan menerusi kemas kini Februari Office 365. Dengan fungsi ini tiada lagi masalah remeh menghasilkan semula jadual dari dokumen fizikal secara manual di dalam Excel untuk kegunaan di pejabat. Fungsi inim akan diberikan kepada versi iOS di masa hadapan.