Facebook telah pun memperkenalkan sokongan mod gelap pada aplikasi Messenger di Android dan iOS sebelum ini. Walaubagaimanapun, ciri berkenaan diperkenalkan secara berperingkat – yang mana mungkin memerlukan anda menantikan tempoh masa yang sedikit lama sebelum menerimanya.
Kini, sebagai alternatif, pihak Facebook dilihat turut menyediakan sebuah βpintasanβ bagi membolehkan pengguna Facebook seluruh dunia mengaktifkan mod gelap dengan pantas pada aplikasi Facebook Messenger anda.
Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu menghantar emoji π kepada rakan anda yang lain di Facebook Messenger, dan ciri mod gelap akan diaktifkan pada aplikasi Messenger anda.
Sekiranya anda menggunakan aplikasi Facebook Messenger, hantar emoji π hari ini, dan aktifkan ciri mod gelap pada Messenger anda.