Pengguna Huawei Nova 3i Kini Boleh Naik-Taraf Peranti Ke Android Pie

Pengguna Huawei Nova 3i Kini Boleh Naik-Taraf Peranti Ke Android Pie

Diterbitkan pada Mac 3, 2019 oleh .

Huawei telah pun menguji penawaran EMUI 9.0 berasaskan Android Pie kepada pengguna Nova 3i sejak beberapa bulan yang lepas. Selepas fasa ujian, kini ia telah pun mula ditawarkan kepada semua pengguna tempatan dalam bentuk stabil.

Bagi anda yang menggunakan peranti Huawei Nova 3i, anda boleh menyemak kemaskini perisian pada peranti anda, dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan olehnya.

EMUI 9.0 menyertakan sejumlah pembaharuan, termasuk pengoptimasian antaramuka, integrasi pembelajaran mesin dalam menjimatkan tenaga bateri dan paparan pencahayaan skrin, pengenalan fungsi GPU Turbo 2.0, sokongan Huawei Share untuk pemindahan lebih pantas, selain AI Gallery.

Pengguna Huawei Nova 3i boleh menaik-taraf peranti anda kepada perisian baru ini dengan memuat-turun Huawei HiCare, seterusnya memilih butang “Update” melalui aplikasi berkenaan. Kemaskini EMUI 9.0 akan dimuat-turun dan dipasang ke peranti anda selepas itu.


TIPS & ULASAN