Perkhidmatan Penjejak Kesihatan Microsoft Band dan Health Dashboard Ditamatkan

Perkhidmatan Penjejak Kesihatan Microsoft Band dan Health Dashboard Ditamatkan

Diterbitkan pada Mac 3, 2019 oleh .

Selain melancarkan telefon pintar mereka sendiri, pernah suatu ketika Microsoft turut menerjah masuk ke arena penjejak kesihatan. Microsoft Band kali pertama dilancarkan pada Oktober 2014 tetapi kali terakhir model kemas kini diberikan adalah dua tahun yang lalu. Semalam mereka mengumumkan sokongan perkhidmatan penjejak kesihatan ini akan dihentikan bermula 31 Mei 2019.

Aplikasi yang menyokong Microsoft Band dan Microsoft Health Dashboard akan ditarik dan tidak lagi boleh dimuat turun. Pengguna akan diberikan pilihan memuat turun data peribadi mereka sebelum ianya dipadam. Kepada pengguna yang membeli Microsoft Band di antara Disember 2018 hingga Mac 2019, Microsoft akan membayar ganti sebanyak $80 (~RM 326) untuk Band 1 dan $175 (~RM 713) untuk Band 2. Pemilik masih lagi boleh menggunakan penjejak kesihatan mereka tetapi tiada lagi sokongan storan awanan.

Sumber Microsoft menerusi The Verge


TIPS & ULASAN