Kos Menghasilkan Sebuah Samsung Galaxy S10+ Dianggarkan Sekitar RM1711
Artikel Berkaitan

Kos Menghasilkan Sebuah Samsung Galaxy S10+ Dianggarkan Sekitar RM1711

Diterbitkan pada Mac 3, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S10+ akan mula dijual di Malaysia pada 8 Mac ini pada harga mencecah RM 4599 sebuah. Seperti biasa setiap kali model terbaru dilancarkan, ramai yang tertanya-tanya apakah kos sebenar untuk menghasilkan peranti yang dijual pada harga premium ini. Menurut anggaran TechInsightskos penghasilan Galaxy S10+ dengan storan 128GB ialah $420 (~RM 1711) sebuah untuk model yang dijual pada harga RM3699 di Malaysia.

Ini memberikan keuntungan sebanyak 53.7% dengan setiap jualan peranti. Sebagai perbandingan kos menghasilkan sebuah iPhone XS Max 256GB dianggarkan sekitar $443 (~RM 1804) sebuah. Komponen termahal Galaxy S10+ ialah skrin Adaptive AMOLED yang menelan belanja $86.50 (~RM 352) dengan cip Exynos 9820 kedua termahal dengan kos $70.50 (~RM 287).

Anggaran ini walau bagaimanapun tidak mengambil kira kos buruh, logistik, lesen paten dan kos kajian teknologi baru yang dilaburkan oleh Samsung bagi menghasilkan peranti mereka.


TIPS & ULASAN