Carian
Asus ROG Zephyrus S GX531 Dengan RTX 2070 Max-Q Ditawarkan Pada Harga RM9999
March 3, 2019 Effi Saharudin

Semalam kami melaporkan ASUS ROG G703 mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM bermula dari RM14,999. Ini mungkin komputer riba yang diluar kemampuan majoriti pengguna. Sekiranya anda tergolong di dalam kategori ini, Asus ada menawarkan Asus ROG Zephyrus S GX531 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q pada harga lebih mampu milik RM 9999 sebuah.

Ia hadir dengan skrin 15.6″ HD penuh 144Hz, cip Intel Core i7-8750H,  memori 16GB DDR4 RAM dan storan 512 GB NVMe PCIe. Terdapat juga sokongan lampu RGB individu pada papan kekunci yang boleh diselarikan dengan Aura Sync. Sistem penyejuk Active Aerodynamic System pula memastikan suhu sentiasa optimum tanpa memerangkap habuk.

Komen