Cari @ Amanz

Selamat tinggal Sony PlayStation Vita. Konsol mudah alih PlayStation ini secara rasmi telah dihentikan pengeluarannya menurut laman rasmi Sony semalam. Ini menamatkan hayat konsol yang kali pertama dilancarkan pada 17 Disember 2011 dan di Malaysia pada 9 Mei 2012 sebagai gantian kepada PlayStation Portable.

Sony tidak pernah mengeluarkan angka rasmi jumlah jualan yang dicatatkan selepas lebih tujuh tahun dikeluarkan. Namun begitu ia dianggarkan terjual sehingga 16 juta unit sahaja adan boleh dianggap gagal jika dibandingkan dengan konsol keluarkan mereka seperti PS4 yang sudah terjual melangkaui 90 juta unit dan PSP terjual sebanyak 82 juta unit.

Penghentian jualan ini sudah dijangka memandangkan Sony sendiri berhenti menghasilkan permainan untuknya sejak 2015 dan katrij fizikal untuk Vita ditamatkan tahun lalu. Playstation Vita kini secara rasminya menjadi PlayStation Morte.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd