Huawei sedia menjadualkan pengenalan siri telefon pintar Huawei P30 pada 26 Mac 2019 ini. Beberapa model dijangka diperkenalkan dibawah siri berkenaan, termasuk salah satunya adalah Huawei P30 Lite.
Menariknya, kini, model berkenaan dilihat telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia – sekaligus menandakan Huawei akan menawarkan ketiga-tiga model dibawah siri Huawei P30 untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei P30 Lite, Huawei P30 dan juga Huawei P30 Pro.
Model yang melepasi pengesahan Sirim ini adalah “MAR-LX2”, yang mana dijangka adalah Huawei P30 Lite. Buat masa ini, spesifikasi penuh peranti berkenaan belum diketahui secara rasminya – dan dijangka diketahui dalam tempoh kurang sebulan lagi.