Adakah OnePlus 7 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Adakah OnePlus 7 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Diterbitkan pada Mac 3, 2019 oleh .

Telah menjadi kebiasaan pada masa kini dimana gambar sesuatu peranti tertiris terlebih awal jauh sebelum pelancarannya. Terkini, pihak @OnLeaks bersama PriceBaba hadir dengan gambar pengolokkan untuk OnePlus 7 yang mana dijangka akan diperkenalkan oleh pihak OnePlus dalam beberapa bulan lagi.

OnePlus 7

Melalui gambar pengolokkan yang diperlihatkan, OnePlus 7 nampaknya akan menyertakan kamera periskop untuk swafoto yang boleh dinaik-dan-diturunkan, sementara tri-kamera pada bahagian belakang.

OnePlus 7 dijangka akan menggunakan skrin 6.5-inci nirbingkai, selain mungkin dijana cip Snapdragon 855 terkini dan menawarkan spesifikasi lain yang berkuasa. Gambar pengolokkan ini juga turut memperlihatkan yang mana tiada bicu-audio yang akan disertakan pada telefon pintar ini.

OnePlus 7

OnePlus dijangka memperkenalkan OnePlus 7 ini sekitar Mei atau Jun kelak. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai peranti akan datang OnePlus ini dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan rekaan OnePlus 7 yang baru ini?


TIPS & ULASAN