Cari @ Amanz

Tahun lalu kerajaan Uganda mengenakan cukai media sosial sebanyak  200 Schilling Uganda (22 sen) sehari sebagai cara membanteras penyebaran berita palsu. Selepas beberapa bulan diperkenalkan, cukai ini telah menyebabkan pelanggan Internet di negara tersebut berkurangan sebanyak 2.5 juta menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Uganda.

Penurunan yang tinggi ini adalah akibat pengguna tidak mahu membayar cukai semata-mata untuk menggunakan perkhidmatan seperti WhatsApp dan Facebook. Akibatnya pendapatan yang diharap dapat dikutip oleh kerajaan kini di bawah sasaran asal. Malahan transaksi wang menerusi telefon juga berkurangan sebanyak 25%.

Impak lain yang berlaku ialah perniagaan yang bergantung kepada pembelian langganan Internet turut terjejas teruk. Pengenalan cukai media sosial ini dilihat sebagai cara kerajaan untuk menentang penyebaran berita palsu tetapi dilihat sebagai cara mengekang kebebasan bersuara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd