Huawei P30 Pro Akan Menyokong Pengecasan Pantas 40W

Huawei P30 Pro Akan Menyokong Pengecasan Pantas 40W

Diterbitkan pada Mac 4, 2019 oleh .

Huawei P30 Pro dan P30 akan dilancarkan pada 26 Mac hadapan sekali lagi di Paris. Beberapa maklumat mengenai rekaan dan spesifikasi mula tertiris ke arena web. Pada hujung minggu lalu maklumat mengenai sistem pengecasan pula telah tertiris selepas ia melepasi laman pengesahan 3C di China.

Huawei P30 Pro akan menyokong pengecasan pantas 4oW manakala P30 akan menyokong pengecaan 22.5W. Ini adalah sama seperti yang dilakukan pada Mate 20 Pro (40W) dan Mate 20 (22.5W). Pengecasan paling pantas nampaknya hanya diberikan pada model premium oleh Huawei. Sungguhpun begitu pengecasan 22.5W ini masih lagi pantas jika dibandingkan dengan 18W yang disokong pada Galaxy S10, Pixel 3 dan iPhone XS Max.


TIPS & ULASAN