Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah mula mengacah kehadiran siri telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Galaxy M.

Melalui laman pendaftaran minat yang disediakan pihak Samsung Malaysia, mereka melabelkan yang mana siri ini akan ditawarkan secara eksklusif atas-talian.

Buat masa ini, ia tidak diketahui model apakah yang akan ditawarkan. Samsung telah memperkenalkan tiga model dibawah Galaxy M setakat ini, iaitu Galaxy M10, Galaxy M20 dan juga Galaxy M30. Ia hadir dengan rekaan bertakuk, selain penawaran sokongan dwi-kamera atau tri-kamera pada bahagian belakang peranti.

Samsung Galaxy M20

Galaxy M juga dijangka menawarkan harga jualan yang sangat kompetitif berbanding pelbagai model peranti lain – sekaligus membolehkan pihak Samsung bersaing secara aktif dengan pelbagai pengeluar lain dipasaran.

Dengan laman pradaftar minat yang kini telah aktif, kita mungkin melihat siri Galaxy M dilancarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd